Friday 26 April 2013

Saya Lupa bayar DUTI SETEM?


Ada yang bertanya kalau TERLUPA dan sengaja melewat-lewatkan proses mematikan setem. Apa akibat dan apa nak buat? Berapa lama masa untuk membuat proses matikan setem..

PENALTI (DUTI SETEM)
Dokumen(TA,S&P dan lain2) hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia. Maksud disempurnakah adalah kedua-dua pihak bersetuju kepada dokumen tersebut(faham terma-terma mengikat,clausa-clausa, dll.) dan menandatangani dokumen dan tiada sebarang PINDAAN tambahan akan dibuat kepada dokumen yang ingin disetemkan. Biasanya org akan cakap MATIKAN SETEM. Kenapa MATIkan? maksud ringkas..MATI : MUKTAMAD.

PENALTI LEWAT:
RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;

RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;

RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman.

Semakan KADAR SEMASA PENALTI boleh disemak pada:

http://www.jpph.gov.my/V2/index.php?versi=2#

No comments:

Post a Comment