Monday 11 November 2013

PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH IMPIAN ANDA (AKAUN II)

Pengeluaran Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II untuk membiayai pembelian sebuah rumah seperti berikut:
Pembelian secara perseorangan;
Pembelian secara suami/isteri, ahli keluarga atau individu yang lain

Pengeluaran ini juga membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, orang perseorangan atau lelongan awam.
Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya anda adalah:
Ahli warganegara Malaysia; atau
Ahli
warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah
Pengeluaran Maninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan
kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP 1 Ogos 1998; atau
Ahli
bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia
(PR) Anda perlu mempunyai baki simpanan dalam Akauin II anda dan juga
mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran
ini diterima oleh KWSP.

Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang kurang:
Pembelian Perseorangan
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada harga rumah ATAU
Semua simpanan dalam Akaun II
Pembelian bersama Suami/ Isteri, Ahli keluarga Atau Individu yang lain
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada harga rumah ATAU
Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan di atas.
Sekiranya
anda mengambil 100% pinjaman perumahan, anda layak mengeluarkan
simpanan sebanyak 10% daripda harga rumah ATAU semua simpanan dalam
Akaun II, mengikut mana yang rendah.
Sekiranya
anda membeli rumah secara tunai, anda layak mengeluarkan simpanan
sebanyak amaun harga rumah dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam AkaunII, mengikut mana yang lebih rendah.
Anda
boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada
simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak
dikeluarkan dnegan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.
Kekerapan Pengeluaran
Pengeluaran
ini hanya dibenarkan untuk rumah pertama sahaja. Bagaimanapun, jika
anda pernah membuat pengeluaran sebelum ini untuk membeli rumah pertama
kemudiannya telah menjual rumah tersebut, anda boleh membuat pengeluaran
untuk membeli rumah kedua. Bukti penjualan rumah pertama hendaklah
dikemukan.
Pertanyaan
Jika anada mempunyai sebanrang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubung:
Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8922 6000
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) - Taip KWSP dan hantar ke 36373
Sila
nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis
pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda
dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau
nasihat yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment