Sunday 1 June 2014

Flat Kota Damansara, Seksyen 6 For Sale!!














Gugusan Tanjung Low Cost Flat For Sale!!
RM180K (nego)
Only For Bumi Buyer

Property Detail:
3Bedroom 2Bathroom
Rental value around rm600
Near MRT station

* 3 minutes walking to UPTOWN KOTA DAMANSARA
* 5 minutes walking to SEGI COLLEGE
* 10 minutes drive to 1utama.
* Easy access to LDP & NKVE.
* Buss Services: U88, U89, metrobus 99

Amenities nearby (5-10 minutes driving distance)
* The Strand
* One Utama Shopping Mall
* The Curve Shopping Mall
* GIZA Neighbour Mall
* TESCO Hyper Market
* IKEA Hyper Market
* GIANT Hyper Market
* Carrefour Hyper Market
* SEGI College
* Sri KDU International School
* Tropicana Medical Centre

For viewing call AIN 012-2640260

Sewa atau Beli Untuk Tahun 2014??

Edisi Khas: Untuk Penyewa Kali Pertama.

Apabila kita meningkat dewasa, salah satu perkara pertama yang kita mungkin akan lakukan adalah untuk hidup berdikari dan menyewa sebuah apartmen. Proses ini boleh menjadi perkara yang menakutkan untuk penyewa kali pertama. Oleh itu, di bawah ini saya menyediakan beberapa langkah bagi memudahkan anda untuk mencari sebuah apartmen, memahami erti perjanjian sewaan, serta memastikan hak-hak anda sebagai penyewa. Jom kita telusuri prosesnya!.

Pencarian Apartment
Semak kadar sewaan yang kita mampu. Macam mana nak semak pendapatan bulanan anda. Macam ni, secara asasnya kami mengesyorkan perbelanjaan untuk sewaan sebaik-baiknya diantara 25% -35 % daripada pendapatan. Jadi katakan gaji anda selepas di tolak simpanan KWSP dan Socso (jika ada) berjumlah RM 1,500 sebulan. Sepatutnya, anda tidak digalakkan membuat perbelanjaan sewa lebih daripada RM 525 sebulan.

Anda juga perlu mengambil kira sebahagian daripada kos utiliti yang anda mungkin perlu jelaskan semasa tempoh sewaan. Jadi, anda perlu peruntukkan RM 100 untuk menampung kos-kos seperti air, elektrik, internet dan telefon jika anda menggunakannya.

Perlu diingat beberapa pangsapuri mempunyai bil purata untuk kos air yang semestinya lebih mahal daripada rumah teres biasa. Pastikan yang anda tahu kos yang lain. Macam mana nak tahu kos-kos lain? Tanya lah terus kepada pemberi sewa (tuan tanah atau ejen hartanah). Soalan dia simple “apakah lagi kos-kos yang saya perlu ketahui”. Lebih kurang lah, buat lah ayat anda sendiri...

Macam mana kalau tak cukup bajet sewa bulanan tu?
Pakat dengan kawan untuk sewa rumah sekali. Kongsi deposit dan cari tempat yang sesuai dengan bajet anda sampai jumpa.

Wujudkan kriteria khas untuk pangsapuri yang ideal bagi anda.
Apa yang anda cari dalam sebuah apartmen ?
Adakah anda ingin sebuah studio atau rumah dengan 3 bilik tidur?
Mungkin hanya cukup jika menyewa rumah yang kecil?
Adakah anda memerlukan apartmen dengan perabut dan peralatan seperti mesin basuh dan pengering ?
Adakah anda mahu tempat tinggal anda berada dekat dengan sekolah atau tempat kerja?
Adakah dengan jarak berjalan kaki ke kedai runcit, pasaraya atau seperti kedai-kedai makan?
Adakah sering berlaku jenayah disini?

Tulis apa sahaja yang datang ke fikiran anda. Walaupun Anda mungkin tidak dapat untuk mendapatkan segala-galanya dalam senarai apartmen yang anda mahu, ia pasti akan membantu dalam memilih pangsapuri yang ideal nanti.

Kenal pasti pangsapuri yang berpotensi. Dengan senarai kriteria dalam tangan, sediakan telefon disebelah dan mula mencari pangsapuri. Seperti biasa, dunia semakin canggih dan memudahkan. Terima kasih diatas kewujudan “Google”. Cuba “google” (nama tempat/ taman) untuk disewa. Jika tiada disana, saya akan pergi ke mudah atau iproperty. Dengan internet pencarian untuk hartanah sewaan yang sesuai menjadi semakin mudah.

Selepas memperolehi alamat yang sesuai, saya akan membuka google map dan taip alamat rumah tersebut dan cari arah ke pejabat saya. Disini saya akan mengkaji apakah jarak dan keadaan disekeliling rumah sewa nanti berada dilokasi yang sesuai dengan saya. Melalui internet anda boleh melihat jika pangsapuri ini dekat dengan tempat kerja atau sekolah , berhampiran kedai-kedai runcit , atau di kawasan-kawasan yang selamat.

Luangkan sehari untuk melawat rumah sewa sebelum membuat keputusan. Kebiasaannya tuan rumah atau ejen hartanah akan membantu anda dalam proses untuk memahami keadaan rumah itu nanti. Untuk menjadikan proses ini sempurna, cuba anda rancang untuk buat lawatan ke hartanah pilihan sebanyak yang mungkin dalam satu hari. Kebiasaanya bagi tuan rumah atau ejen hartanah hari Sabtu adalah hari paling sibuk untuk mereka menunjuk pangsapuri, jadi cuba untuk pergi dalam minggu ini .