Friday, 26 April 2013

Kos Peguam untuk Beli Rumah


Dalam kes kita ni, peguam memainkan peranan penting. Sepatutnya Peguam yang menasihatkan kita dalam pelaburan hartanah ni. Tapi “Be Alert”. Tak semua peguam macam tu. Ada yang buat kerja sambil lewa. Jadi pilihlah lawyer yang arif n jujur.

Kali ni aku nak sentuh bagaimana kiraan fi peguam dibuat.

* Fi Peguam
RM150,000 pertama – 1%

RM150,001 hingga RM850,000 – 0.7%

RM850,001 hingga RM2,000,000 – 0.6%

Selepas RM 2,000,000 – 0.5%

* Harga Duti Stem
RM100,000 pertama – 1%

RM100,001 hingga RM500,000 – 2%

Selepas RM500,000 – 3%

* Lain-lain
Fi Setem (Setiap dokumen) – RM10

“Adjudication Fee” – RM10

Akuan Bersumpah – RM30-RM50

Carian Tanah – RM60-RM120

Fi Pendaftaran – RM100

Banyak lagi pecahan-pecahan. Ini belum termasuk kos surat-menyurat, minyak runner, telefon/fax dll

* Dokumen yang terlibat dalam pembelian rumah lelong atau sekunder (subsale)
PSA – Property Sale Agreement

PPA – Property Purchase Agreement

DA -Deed of Assigment

PA – Power Of Attorney
(yang ini semua dokumen untuk loan documentation)

MOT – Memorandum of Transfer (Form 14A)
(yang ini untuk tukar nama atas master title/Strata title)
Yang ada jadual kat atas sekali tu digunapakai untuk MOT.

Contoh :

Rumah Harga Beli : RM60,000

Fi peguam = 1% (RM600)

Duti Setem = 1% (RM600)

Carian Tanah = RM100

Akuan Bersumpah = RM50

Carian Bankrupt = RM50

Pengesahan Pemaju = RM50

Perbelanjaan lain = RM200

“Adjudicate” = RM10

Total kat sini je dah sampai RM1,660….wow…ini baru Memorandum of Transfer sahaja..belum masuk Loan Documentation.

So sila semak quotation drpd lawyer bila nak beli rumah. Sebelum beli, minta quotation dan compare. Tak semestinya murah, peguam tu boleh buat kerja..;D

No comments:

Post a Comment