Friday, 26 April 2013

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang bakal bawa untung TUAN RUMAH

Senarai Hartanah Dijangka HOT dr Projek MRT
Nilai tanah Lembah Klang naik


Projek MRT di lima kawasan beri kesan gandaan RM210b dalam 10 tahun 

NILAI tanah di lima kawasan pembangunan utama Lembah Klang dijangka meningkat antara 11 peratus hingga 35 peratus setahun dalam tempoh lima tahun akan datang susulan pelaksanaan projek Aliran Transit Massa (MRT). Sementara itu, nilai hartanah kediaman dan komersial di kawasan berdekatan laluan itu pula berpotensi mencatat kenaikan sehingga 30 peratus setahun. Firma penyelidikan HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd, berkata selain kawasan pembangunan KLCC-Bukit Bintang dan KL Sentral, tiga kawasan tumpuan baru yang dikenal pasti turut meraih peningkatan nilai tanah adalah Sentul, Pusat Bandar Damansara-Damansara Heights dan KL Eco-City-Midvalley. 

Projek MRT dikatakan menjadi pemangkin berstruktur utama memacu semula sektor hartanah di tengah Kuala Lumpur ke paras baru selepas pembangunan sebelumnya yang lebih tertumpu di pinggir Lembah Klang. 

Antara projek komersial akan dilancarkan berikutan adanya laluan MRT itu ialah KL Eco-City dengan nilai pembangunan kasar RM6 bilion di Bangsar, Capers dan Sentul East (Sentul) dan Damansara City (Pusat Bandar Damansara). 

Pengarah Bersekutu HwangDBS Vickers Research, Yee Mei Hui, berkata lonjakan nilai tanah di kawasan berkenaan akan dipacu nilai jualan hartanah dan nisbah plot yang lebih tinggi serta adanya zon komersial baru yang bakal dibangunkan. 
“Kami melihat MRT sebagai pemangkin berstruktur pembangunan Kuala Lumpur disebabkan kurangnya pelaburan pembangunan hartanah dalam tempoh 12 tahun. 

“Projek MRT juga akan memberi kesan gandaan besar bernilai RM210 bilion untuk 10 tahun akan datang,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam. 

Projek MRT yang dianggarkan bernilai RM43 bilion adalah pembangunan infrastruktur terbesar dilaksanakan kerajaan ketika ini. 

Kerja pembangunan projek MRT ini dijadualkan bermula Julai ini dan mengambil masa lima hingga enam tahun untuk disiapkan. 

Fasa pertama rangkaian projek MRT di Lembah Klang ini membabitkan laluan Sungai Buloh sehingga Kajang dan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur. 

Jarak laluan Sungai Buloh-Kajang adalah 51 kilometer, termasuk 19 peratus atau 9.5 kilometer daripadanya adalah laluan bawah tanah dengan 35 stesen akan dibina sepanjang laluan itu. 

Mei Hui berkata, lonjakan nilai tanah di kawasan terbabit dijangka akan menyebabkan berlakunya beberapa lagi proses penggabungan dan pengambilalihan (M&A) di kalangan firma hartanah tempatan untuk merebut peluang berkenaan. 

“Bagi syarikat yang tidak mempunyai simpanan tanah di kawasan berkenaan, mereka akan bertindak pantas membuat pembelian. 

“Hartanah di kawasan berdekatan laluan MRT dijangka mencatat premium sehingga 30 peratus setahun,” katanya. 

Beliau menamakan lima syarikat hartanah yang akan meraih manfaat daripada projek MRT berkenaan iaitu YTL Land, Selangor Properties, Guocoland Malaysia, Bolton dan SP Setia yang masing-masing mempunyai simpanan tanah di kawasan ‘hotspot’ terbabit. 

Katanya, semua syarikat terbabit mempunyai imbangan tunai yang kukuh dengan trek rekod baik dalam pembangunan berkepadatan tinggi bagi membolehkan mereka membida stesen MRT untuk disepadukan atau dibangunkan berhampiran projek masing-masing. 

Mei Hui menambah, walaupun projek MRT itu lambat untuk disiapkan, harga hartanah mula meningkat kerana pemaju mengambil peluang daripada akses lebih baik serta trafik lebih tinggi di kawasan berkenaan.

p/s:
Jom sama2 kita senaraikan dan bincangkan Projek2 baru/Perumahan sedia ada yang bakal terkena tempias dari pembinaan projek ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016...



Pembiayaan Semula Rumah @ Refinancing


Pembiayaan semula rumah atau refinancing adalah satu proses pertukaran gadaian dari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Contoh institusi kewangan di malaysia seperti bank, MBSB, syarikat atau organisasi yang menyediakan pakej pembiayaan kepada kakitangan. Selain itu juga, rumah yang tidak mempunyai gadaian dengan mana-mana institusi kewangan juga boleh membuat pembiayaan semula.

Pembiayaan semula rumah mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Bagi pelabur hartanah, pembiayaan semula hartanah adalah satu teknik bagi menambah koleksi hartanah apabila hasil daripada pembiayaan semula dijadikan modal bagi membeli rumah. Sebaliknya bagi orang yang tidak bijak menguruskan kewangan, pembiayaan semula akan meningkatkan bebanan hutang untuk jangkamasa pendek dan panjang. Oleh itu pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan yang bertauliah.

Secara umumnya terdapat 2 tujuan pembiayaan semula iaitu mendapatkan modal tunai (cash out) dan tidak mengambil modal tunai. Modal tunai boleh diperolehi apabila nilai pasaran rumah meningkat dan dalam masa yang sama jumlah pembiayaan berkurangan. Jumlah modal tunai yang diterima adalah perbezaan harga rumah dan baki pembiayaan yang masih ada.

Bagi pembiayaan semula yang tidak melibatkan pengambilan wang tunai, pemilik rumah hanya membuat pembiayaan semula ke atas baki hutang yang masih ada. Sebagai contoh sekiranya baki hutang di bank ialah RM 200,000, pemilik rumah hanya memohon pembiayaan yang baru sebanyak RM 200,000 sahaja.

Antara faktor yang mendorong pemilik rumah membuat pembiayaan semula seperti ini ialah bagi menikmatikan kadar interest yang lebih rendah, pakej pembiayaan yang menarik, mengurangkan bayaran bulanan atau memendekkan tempoh bayaran.

Ada beberapa proses yang perlu dilakukan bagi melepaskan gadaian dan membuat gadaian yang baru. Tentukan proses ini memerlukan khidmat peguam malah terdapat beberapa kos yang perlu diambil kira seperti kos guaman, duti setem, takaful dan sebagainya.

Oleh itu, bagi anda yang berminat untuk membuat pembiayaan semula atau ingin mendapatkan khidmat nasihat, boleh je hubungi saya Nur Ain 012-2640260.

Harga Jualan Vs Harga Pasaran


Perkara ini perlu difahami pemilik rumah, bakal pembeli atau sesiapa sahaja. Sesebuah rumah boleh dijual pada harga pasaran, di atas harga pasaran atau di bawah harga pasaran.

Harga jualan adalah harga yang ditetapkan oleh pemilik rumah. Tentunya harga ini telah mengambilkira kos-kos yang telah dikeluarkan oleh pemilik rumah. Selain itu juga keuntungan yang akan diperolehi apabila melupuskan atau menjual rumah tersebut. Harga jualan adalah hak penjual.

Cuma apabila Ejen Hartanah dilantik bagi menguruskan penjualan rumah, Ejen hartanah akan mendapatkan transaksi terkini di kawasan tersebut. Transaksi terkini yang dimaksudkan adalah transaksi jual beli terkini. Transaksi ini dijadikan panduan bagi meletakkan sesuatu harga.

Sebenarnya pemilik rumah boleh meletak harga sesuka hati mereka. Nak letak sampai RM 1 juta pun boleh. Cuma ada ke potensi pembeli sekiranya harga pasaran baru RM 500 Ribu tetapi harga jualan RM 1 Juta?
Kena ada strategi harga agar rumah yang dijual mendapat pulangan yang baik. Insyallah Ejen hartanah berdaftar dapat memberikan khidmat nasihat berkenaan harga. Ini kerana kajian pasaran akan dibuat terlebih dahulu. Proses akan jadi lebih mudah apabila anda melantik Ejen hartanah yang sudah mahir bagi sesuatu kawasan.

Berbalik kepada data tranksaksi jual beli terkini, data ini menjadi rujukan utama bagi penentuan harga pasaran oleh jurunilai (valuer). Ini dipanggil Metod Perbandingan atau Comparison Method. Selain penjual, pembeli juga perlu mendapatkan maklumat harga pasaran semasa bagi memudahkan anda menentukan bajet rumah yang dicari.

Tip kepada pembeli yang berurusan Ejen hartanah, anda boleh bertanya harga pasaran semasa bagi rumah tersebut. Selain itu juga, anda juga boleh menyemak sendiri di mana-mana Agensi Penilai atau pegawai bank. Ini dapat memberi jaminan bahawa rumah yang dibeli berada dalam lingkungan bajet yang ditetapkan.
Sekiranya rumah yang dibeli pada harga pasaran, anda hanya sediakan 10% deposit sahaja. Tetapi bagi rumah yang dijual di atas harga pasaran, pihak bank hanya menyediakan margin pinjaman 90% dari harga pasaran sahaja. Selain 10% deposit, pembeli juga perlu sediakan perbezaan pinjaman dengan baki harga rumah setelah ditolak 10% deposit.

Dapat disimpulkan di sini, pemilik rumah mempunyai hak untuk menentukan harga jualan. Pemilik juga berhak menolak tawaran pembelian sekiranya tidak berpuas hati dengan harga jualan. Pihak pembeli tidak boleh memaksa harga jualan diturunkan apatah lagi Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani. Sekiranya harga jualan terlalu tinggi dan diluar kemampuan, sebagai pembeli anda boleh terus mencari rumah yang lain.

Senarai Kepentingan Sebelum Membeli Rumah.

Pada pandangan saya, dalam  mencari RUMAH yang sesuai untuk KITA, Harga bukan merupakan FAKTOR UTAMA dalam membuat pilihan. Faktor emosi dan juga  persekitaran juga PENTING. Antara FAKTOR Utama yang saya gunakan adalah pertanyaan ASAS sebelum membuat keputusan. Senarai KEPENTINGAN (pada pandangan  saya adalah seperti berikut);

1. Harga (ROI atas sekurang-kurangnya : 7%)

2. LOKASI dan Kejiranan

3. Kemudahan & Pengangkutan

4. Pemaju  yang MASIH BEROPERASI

5. Status Pegangan sama ada Freehold or Leasehold.

WAJIB BACA : ISTILAH BIASA DALAM HARTANAH

Dalam urusan hartanah kita tidak dapat lari dari mengunakan/mendengar istilah ringkas. Kadang2 kita tidak faham jika istilah tersebut begitu asing dan jarang kedengaran. Senarai ini akan diUPDATE dari masa ke masa.

Istilah singkatan yang biasa digunakan dalam urusan Hartanah:

FSV – Forced Sale Value

p.s.f. –  price (RM) per square feet (ft²)

m² – keluasan meter per segi

ft² – keluasan kaki per segi

BLR – Base Lending Rate [kadar yang ditentukan oleh Bank Negara, Conventional Loan]

BFR – Base Financing Rate [kadar yang ditentukan oleh Bank Negara, Islamic Loan]

MV – Market Value

JMB – Joint Management Body (Badan Pengurusan Bersama)

ROI – Return of Investment

RPGT – Real Property Gain Tax (0~15% drpd harga jualan)

DSR - Debt Service Ratio

CF – Cash Flow

OTP – Offer to Purchase

OTR – Offer to Rent

AL – Authorized Letter

JV- Joint Venture

SPA – Sale & Purchase Agreement

DP- Downpayment



Tuesday, 23 April 2013

SOLD!! KOTA DAMANSARA, SEK 5 GUGUSAN SIANTAN RM 85 K
















*TINGKAT 5
*3 BILIK
*1 BILIK AIR
*FLOOR TILES

FACILITIES :
~ Berdekatan dengan Masjid Kota Damansara 
~ Plaza Tol Kota Damansara
~ 5 minit untuk ke The Strand, Kota Damansara
~ Hanya 6 minit untuk ke Giant hypermarket Kota Damansara

Untuk melihat hubungi AIN 012-264 0260

Thursday, 14 March 2013

TANAH LOT BUNGALOW, PJ OLD TOWN FOR SALE










Area : PJ OLD TOWN, Petaling Jaya
Property Type: Tanah Lot + Bungalow (Corner)
Asking Price   : RM 2,600,000 (Nego)
Title type : Leasehold
Unit type : Non-Bumi Lot
Size : 12000 sq ft
Built-Up : 5000 sq ft
Bedrooms   : 5
Bathrooms  : 3

Fasiliti
- Berdekatan dengan Lebuhraya persekutuan dan Pantai Baru
- Station Komuter Templer
- Hospital Assunta
- Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz
- Taska, Sekolah
- Mahkamah
- Pejabat Pos
- Berdekatan pelbagai Bank dan Restoran.
- Berdekatan balai polis pj
- Hotel Hilton

* Keadaan kawasan luar rumah yg luas boleh menempatkan hampir 7 kereta.
* Keadaan rumah yg luas.
* Ada ruang makan khas.
* Persekitaran yang strategik, tenteram dan aman..
* Melalui Jln Templer, Petaling Jaya.
* Kejiranan Elite 1 Malaysia.
* Hanya 10 minit ke Lebuhraya Persekutuan Shah Alam- Kuala Lumpur.

# Persekitaran sesuai untuk bangunan pejabat, showroom dan wisma perniagaan.
# Untuk pelaburan!
    


HUBUNGI SEGERA   012-264 0260