Monday 11 November 2013

RPGT CKHT 2014

Apa Kesannya ?

Bajet 2014 yang dibentangkan oleh PM kita baru baru ini menyentuh RPGT CKHT 2014 yang dijangka memberi kesan kepada pelabur hartanah khususnya. Perkara ini telah dijangka oleh ramai pelabur-pelabur tegar hartanah sebelum pembentangan Bajet 2014.

Apa Itu RPGT ?
RPGT – Real Property Gain Tax. Dalam bahasa melayu, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Apa Itu CKHT ?
Cukai Keuntungan Harta Tanah ialah cukai yang WAJIB dibayar apabila kita buat untung.
Macammana kita boleh untung? Pastilah selepas kita menjual harta tanah kita.

Hasil adalah kata lain untuk UNTUNG. Bagaimana pula sekiranya kita jual harta tanah tetapi rugi?
Jelas sekali apabila kita rugi, tiada cukai dikenakan. Sama sahaja seperti kita berniaga. Kalau rugi, tak ada cukai.
Kalau untung/ada hasil, kena bayar cukai.

Bagaimana kiraan CKHT ?
Kiraan Mudah
1. Harga JUAL (RM_________) – Harga BELI (RM_________) = Hasil/Rugi
2. Hasil x __% = RM________  Ini adalah berdasarkan tempoh pegangan harta tanah tersebut.

CKHT 2014

Bila tarikh pegangan harta tanah akan diambil kira ?
Adakah tarikh :
1. Tarikh SPA (Perjanjian JualBeli) ditandatangani ?
2. Tarikh SPA dimatikan stem hasil ?
3. Tarikh Pemilikan Kosong ?

Apa kesan CKHT 2014 kepada harga hartanah di Malaysia ?
Kalau tanya pendapat saya, harga hartanah di Malaysia akan meningkat juga, tidak akan terjejas teruk dengan peningkatan CKHT dalam tahun 2014. Tetapi ianya akan membuatkan pelabur pelabur hartanah yang baru menceburkan diri dalam pelaburan hartanah akan mula mengkaji dan menyusun strategi yang berlainan. Kemungkinan exit plan yang telah dirancang sebelum ini terpaksa ditukar.
Namun, untuk ianya menyebabkan harga RUMAH turun? Tidak sama sekali.

No comments:

Post a Comment