Saturday 24 May 2014

APA ITU LOT BUMIPUTRA??

Diperkenalkan di dalam Dasar Ekonomi Baru, Lot Bumiputera bertujuan untuk membantu pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputra. Sasarannya adalah pemilikan 30% di dalam sektor hartanah melalui peruntukan khas kuota unit bumiputra bagi sesebuah projek hartanah.

Selain kuota tersebut terdapat juga pemberian diskaun 7% kepada bumiputera.

Apabila sesebuah projek hartanah itu digazetkan sebagai lot bumi, ia mempunyai sekatan pemilikan iaitu ia hanya boleh dimiliki oleh bumiputera sahaja. Sekatan ini tertulis di title atau geran unit itu sendiri.

Disebabkan sekatan ini, tuan punya hartanah terpaksa menjualnya kepada bumiputera. Ini menghadkan pasaran jualan, berbanding unit terbuka.

Kesannya, harga pasaran lot bumi menjadi lebih rendah daripada unit terbuka. Jika unit yang sama saiznya di sesebuah pangsapuri boleh mencecah harga pasaran sehingga RM200,000 misalnya, unit bumi mungkin hanya mencecah RM170,000 ke RM180,000. Oleh sebab itu harga rumah bagi unit bumi (bumi lot) dan unit bukan bumi (non-bumi lot) adalah berbeza.

1 comment:

  1. Boleh saya tahu , apakah SOP untuk penjualan kepada lot bumi dan non bumi lot ? Kerjasama tuan amat diperlukan.

    ReplyDelete